6 Aksesori Wajib Perlu Ada Dalam Kereta Anda|TAHUKAH anda tentang aksesori wajib yang perlu ada pada kereta anda? Apakah aksesori wajib ada dalam kereta anda? Di bawah ini bukannya aksesori 'suka-suka' seperti yang anda bayangkan, tetapi 6 jenis barangan yang amat berguna apabila berlaku situasi cemas ketika berada di jalan raya. Dengan adanya semua aksesori tersebut, anda bukan saja dapat membantu diri sendiri, malah juga pengguna jalan raya lain yang memerlukan.
6 Aksesori Wajib Perlu Ada Dalam Kereta Anda
Berikut dikongsikan 6 aksesori wajib perlu ada dalam kereta anda:
1. Lampu Suluh

Anda kemungkinan silap besar jika menganggap lampu suluh sudah tidak relevan dengan alasan fungsi tersebut sudah sedia ada pada telefon pintar. Tambahan lagi, lampu suluh masa kini dipakejkan dengan pelbagai fungsi lain seperti lampu amaran, tukul cermin dan set perkakas serbaguna. Tidak perlu lampu suluh yang besar, cukup saja bersaiz kecil atau sederhana.
2. Tukul Cermin

Tukul cermin memang direka khas untuk memecahkan cermin dengan pantas, iaitu cuma sekali hentakan saja dan amat berguna ketika berdepan situasi bahaya seperti kemalangan yang menyebabkan pintu kereta tidak dapat dibuka atau kenderaan terhumban ke dalam sungai.
Jadi, beli dan simpan tukul cermin dalam kereta. Malah, ada sesetengah tukul cermin didatangkan dengan ciri lampu suluh dan set perkakas serbaguna.
3. Pemadam Api

Anda tentu membayangkan pemadam api besi yang berat seperti ada di dinding premis pejabat, sekolah dan bangunan tertentu. Sebenarnya, sudah ada banyak pemadam api mudah alih yang dijual di pasaran dengan berat di bawah 1kg. Aksesori ini bukan sahaja berguna ketika kereta anda terbakar, tetapi boleh juga digunakan untuk membantu pengguna jalan raya lain yang terbabit kebakaran.
4. Kit Pertolongan Cemas

Kit pertolongan cemas ini sudah tentu berguna ketika berlaku kecederaan yang bukan hanya melibatkan kemalangan jalan raya, tetapi juga kecederaan lain.
Ada pelbagai jenis kelengakapan dimuatkan dalam kit pertolongan cemas, bergantung kepada saiz. Antara kelengkapan asas ialah pembalut bergulung, kain pengelap, kapas, ubat luka, plaster luka dan gunting. Harga bermula serendah RM30 hingga RM200 bergantung kepada kualiti dan jenama tertentu.
5. Pelompat (Jumper)

Pasti korang pon sudah tahu tentang kegunaan jumper tersebut. Kegunaan alat ini ialah untuk melompatkan (jumping) kereta yang tidak dapat dihidupkan akibat masalah bateri yang telah kong. Boleh dibeli di kedai aksesori kereta dan stesen minyak berdekatan anda pada harga kira-kira RM50.
6. Kerusi Kereta Bayi/Kanak-Kanak

Merupakan aksesori wajib perlu ada bagi pemandu berkeluarga yang memiliki anak kecil. Harga juga berpatutan dibeli bermula RM300 hingga mencecah ribuan ringgit bergantung kepada ciri, jenama dan kualiti.
Semoga bermanfaat!